Merdeka Post
Semperna menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 48,post ini akan dilakukan dalam Bahasa Melayu.
memang kini ramai yang menyatakan bahawa hari kemerdekaan tidak begitu bermakna bagi mereka. saya termasuk dalam golongan ini.
betulkah kita telah merdeka jika dari segi pemikiran, kita masih dijajah. legasi penjajahan British yang menjajah secara 'bahagi dan jajah' masih lagi diikuti tetapi dengan cara lebih halus.
masih lagi tiada kesamaan untuk semua walaupun pada saya ianya adalah satu punca negara ini ingin mendapatkan kemerdekaan.
nasib masyarakat luar bandar masih belum terbela. ini jelas apabila kita melalui kawasan kawasan luar bandar untuk sampai ke tempat peranginan bertaraf 5 bintang.
ada banyak lagi isu yang menyebabkan saya berfikir begitu.
tetapi pada diri saya isu yang besar ialah menukarkan Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu. apa salahnya Bahasa Malaysia yang berasakan Bahasa Melayu? mungkin ianya adalah untuk mengingatkan kaum-kaum lain yang kita 'menumpang kebahagiaan' di tanah kepunyaan orang Melayu ?
saya sudah menganggap negara ini negara saya dan jika diberi peluang untuk berhijrah ke mana-mana negara di dunia ini, saya tetap akan memilih Malaysia. negara ini memang aman dan orangnya memang pemurah dan baik hati. makanan di negara ini tiada bandingannya dan harganya berpatutan. banyak peluang pekerjaan jika seseorang itu tidak cerewek.
berapa generasi lagi patut orang bukan bumiputera berada di bumi bertuah ini sebelum diterima sebagai penetap dan bukannya orang asing.
jika hari itu muncul barulah Kemerdekaan it bermakna bagi saya